Monday, June 11, 2012

Huruf R

Kenapa huruf R ? R ? Mungkin ramai tertanya-tanya apakah sebenarnya maksud tersirat di sebalik huruf R ini ? Mungkin bagi anda, R bermaksud perkara lain, namun bagi si penulis blog ini, huruf R sememangnya mempunyai maksudnya yang tersendiri. Sebenarnya, apa yang hendak dibicarakan di sini adalah perihal sebuah perasaan yang lahir yang pasti wujud dalam diri semua insan yang bergelar manusia. Ya, R. R = Rindu. Bosan ? Sudah biasa dengan penulisan sebegini ? Teruskan menekan butang klik ke bawah jika anda masih berminat untuk membaca. Jika tidak, sila tekan butang 'X' di atas sana.

Tujuan asal entri ini ditulis adalah untuk memerihalkan perasaan rindu penulis kepada sahabat-sahabat di Kolej Mara Banting. Ya, sudah 2 minggu lebih meninggalkan KMB yang juga sering digelar Kolej Maha Busy yang disebabkan oleh kerja-kerja serta tugasan yang bertimbun-timbun yang tidak kenal masa. Namun, menjadi seorang pelajar International Baccalaureate mengajar kita erti kepayahan dan kegigihan untuk mencapai sesuatu (ayat skema). Sebenarnya, aku merindui suasana di kolej. Bukan kerana kerjanya serta assignment yang banyak, tapi disebabkan aku diberi peluang oleh yang Maha Esa untuk bertemu dengan insan-insan yang sungguh menakjubkan. Pelbagai jenis dan ragam manusia dapat aku jumpa sepanjang perjalanan 2 tahun di KMB ini. Dan antara mereka-mereka, yang paling aku rindu sudah semestinya classmate ku iaitu M10C. Dengan bilangan jantina yang seimbang dalam kelas iaitu 10 gadis dan 10 jejaka, setiap satu daripada mereka ini mempunyai keunikan masing-masing.

Mungkin disebabkan tempoh cuti yang lama serta keadaan diri ini yang tidak mencari kerja part-time membuatkan aku mempunyai banyak masa untuk mengimbas kembali suasana di kolej bermula tahun 2010 hingga 2012. Pengalaman pahit, pengalaman manis, semuanya ada. Tapi pengalaman bersama rakan-rakan kelas tercinta mungkin pengalaman yang paling bermakna.



             Inilah wajah-wajah classmateku yang hebat-hebat belaka. Jujur ku katakan, aku rindu suasana dalam kelas. Dengan kebisingan si Zulaikha yang mulut tak berhenti-berhenti bercakap sehinggalah ke si Hafeez yang suara kalau boleh nak kalahkan Ning Baizura. Setiap seorang daripada mereka ini mempunyai peranan masing-masing. Azizi, ketua kelas Semester 1 sentiasa dengan gaya 'cool'-nya dengan perasaan tidak kisah dengan suasana sekililingnya seringkali membuatkan ahli kelas melabelnya sebagai seorang yang 'comel'. Ros dengan laptopnya dalam kelas melayan video-video youtube ketika cikgu tak masuk kelas lagi. Alif dengan earphone-nya di telinga hampir setiap kali laptop berada di depan matanya. Ain Spawi dengan nasihatnya yang berguna serta menginsafkan. Azrin dengan ketinggiannya yang menimbulkan perasaan cemburu dalam kalangan kami yang pendek-pendek. Faris Sulaiman dengan hilai tawanya yang nyaring setiap kali hatinya geli. Nadiah dengan gayanya yang selamba masuk kelas lambat dengan seribu satu alasan yang muhasabah. Kirin dengan sifat matangnya yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada rakan-rakannya. Farhanis dengan gayanya yang ala-ala manja sentiasa mencuit hati kami dalam kelas. Khirul @ K-Own dengan ideanya yang jumlahnya tidak terkira dan semangatnya dalam mem'persuade' kami untuk makan di KFC ( Bukan Kentucky Fried Chicken tetapi Koperasi Food Court). Nisa dengan nafsu makannya yang serba hebat. Naim dengan sifatnya sebagai pendengar yang baik juga suka menari ketika tiada orang berada di sekitarnya. Oops. Ramlah dengan gayanya yang petite serta manja. Mikhail dengan mata sepetnya yang seringkali keliru samada terjaga atau tertidur. Amirah dengan coki-coki yang sentiasa dimamah selepas waktu rehat. Farzana dengan sifatnya yang terlalu sayangkan classmatenya dan suka mengimbau kenangan-kenangan lama. Zul dengan sifat pendiamnya dalam kelas. Secara amnya, itulah perkara-perkara yang menjadikan pengalaman di KMB sebagai suatu pengalaman yang menarik. 

                 Bersama Teacher Mazlina. Lecturer Chemistry ketika semester 1 dan 2. Gambar ini diambil ketika jamuan perpisahan yang diadakan petang hari terakhir peperiksaan.

                                                    Kenangan terakhir bersama teacher.

          Aktiviti yang dilakukan setiap kali sesi hafazan di Surau. Tidak sah kalau tak tangkap gambar.

Aktiviti kebiasaan di kelas. Tumpas menandakan terlalu banyak study malam-malam untuk capai kejayaan.

           Kaki tidur di kelas. Bukan dia seorang tapi ramai lagi. Namun ini je gambar yang mampu di-snap. Malangnya, Naim menjadi mangsa.

              Diambil 3 minit sebelum kelas Malay. Ya, IB pun belajar Malay ya. Sastera pula tu. Apapun, marilah kita martabatkan bahasa Melayu.

                   Bersama Teacher Hidayah (Lecturer Math) pada hari terakhir IRP Math. Gambar ini gabungan antara M10C dan M10D. Kehidupan berjiran haruslah diamalkan di mana jua kita berada :-)

                  Riadah petang-petang. Volleyball. Sebuah permainan yang menarik tetapi memerlukan tenaga dan teknik-teknik yang tertentu untuk mahir. Apapun, aku rindu nak main volleyball ngan Naim, Zumar, K-Own, Hafeez dan rakan-rakan yang lain.

                Outing terakhir bersama classmate. Mungkin nampak kebudak-budakan tapi apa aku kisah. Janji dapat meluangkan masa dengan rakan-rakan yang bersama aku selama 2 tahun. 

              Kesimpulannya, pernah aku terdengar seorang rakan berkata kepada aku. Katanya, "kita tidak akan merasai kehilangan seseorang itu sehinggalah kita terpisah dengannya".  Mungkin ini perasaan yang aku sedang alami. Rindu. Kadang-kadang ingin juga kembali seperti dahulu kala. Namun, tak sanggup aku untuk mengambil IB lagi. Cukuplah sekadar dua tahun yang penuh dengan kerja dan assignment. Pada masa yang sama, perasaan takut bercampur cuak juga melanda diri ini apabila memikirkan keputusan IB yang bakal dikeluarkan kurang daripada sebulan. Sekian saja. Maaf jika entri ini agak membosankan atau menjadikan anda hilang semangat untuk membaca entri yang seterusnya. Aku hanya mampu untuk meluahkan apa yang bermain-main di fikiran ini. Sekian. Assalamualaikum.