Saturday, December 26, 2009

Advanced System ! WOW !!!


Selasa, 22 Disember 2009 – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah mengadakan Majlis Pelancaran Penerimaan Bas Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Y.B. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertempat di ibupejabat di Bangunan Zetro, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.Majlis tersebut adalah kerjasama pihak JLKN dengan Syarikat GPB Corporation Sdn. Bhd. dalam usaha untuk meningkatkan lagi pengurusan penghantaran pelatih menggunakan bas-bas yang telah dikhaskan untuk penghantaran para pelatih PLKN. Sebanyak 426 buah bas telah diterima untuk diagihkan ke kem-kem seluruh Malaysia.Kesemua bas tersebut juga telah dilengkapi dengan sistem komunikasi GPS (Global Positioning System) dengan tujuan pemantauan kedudukan dan pengurusan keselamatan para pelatih semasa menggunakan bas tersebut.Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Abu Bakar bin Hj. Abdullah, Ketua Pengarah JLKN Dato’ Hj. Abdul Hadi bin Awang Kechil, Pengerusi GPB Corp. Sdn. Bhd. Tuan Hj. Hassan Ali serta Ketua Pegawai Eksekutif GPB Corp. Sdn. Bhd., Syed Hussin Syed Abdul Fasal.

-dipetik drpd laman sesawang khidmat negara

www.khidmatnegara.gov.my

4 comments:

anasxganas said...

wow!
hahaha

-yzd- said...

hahah banyak duit rakyat

Anonymous said...

Here the website for GPB Corporation http://www.gpbcorp.com/

arie said...

dahsyat, mest ko teruja gila en?
:DD